Kehadapan kepada laptopku yang amat aku sayangi,
Kelembapanmu 2 hari ini membuatkan aku berasa sungguh sunyi sekali. Ye la mana taknye, selalunye pagi-pagi buta ak da meng'on dirimu hanya dgn menekan on butang saje.Entah kenapa kelmarin bila aku meng'on dirimu seperti biasa ekau tidak seperti selalu yang aku kenali.
HANG la tu. Bertuahnye aku!~
Nasib baik la aku ni seorang yang sabar, jadi aku membuatla keputusan untuk menunggu paparan yang berikutnye tapi tidakla kunjung tiba seperti ape yang aku dihasratkan. (pss biasanye kejap je hangnye...)
Tiba-tiba hatiku mula memberontak, "aisy laptop ni takkan nk meragam lagi kot", lalu aku dengan penuh sedaya dan upaya nye menekan punat OFF, ye la nak on balik.
Aku insan kerdil lagi kiut cuba lagi meng'ON lagi wat kedua kalinye. Tapi hasilnye tetap sama, keHanganannye masih melanda. Aku pon berkata di dalam hati yang tulus lagi mulus, "aku beli laptop kang baru tahu". Dan seperti laptop itu memahami akan diriku tetiba dia kembali kepada waktu asalnye. Jadi dapatla aku menggunakannye seperti biasa. Dapat la aku melilau lilau kan mate ku di wall facebook ku. Horey~
Ingat kan panas hingga ke petang rupanya hujan panas di tengah hari, laptop ku mula menunjukkan aktiviti paranormal nye kembali. Untuk kali ini, aku mula menunjukkan sikap ketidak sabaran ku. Aku dengan sedaya upaya tuk meng'Off je laptop ku ni.Kemudian ak mula berlari jauh, jauh dari mu wahai laptopku. Betapa kecewanye diriku ini dengan sikapmu itu. Har har harimau petang.
Kepada laptopku yang amat ku sayang,
(Sehari berlalu)Hari-hari yang ku lalui tidak menjadi seperti biasa. Ak merasa sangat bergundah gulana tanpa kehadiranmu di sisiku. Oh laptop berikan lah aku harapan supaya kau buley sembuh seperti insan yang lain.
Hari aku sudah tekad yang aku akan berhadapan dengan laptopku secara berhadapan untuk melahirkan apakah masalah sebenarnya yang dialami oleh kami berdua. apa masalahnye ni tk paham aku.
.
Bila diriku memandangmu pagi ini aku dapat merasakan perasaan yang amat sayu di dalam hati. Sesungguhkan siapala aku buat dirimu wahai laptopku. Aku perlahan lahan memulakan bicara dengan mu sambil memandang ke arahmu, jari jemariku kemudiannya ligat menekan butang ON kepadamu. Harapanku tinggi menggunung. Setinggi gunung di awan, banyak benda yang cuba aku rungkaikan daripadamu. Untuk memastikan apakah masalahmu yang sebenarnye. Kan senang cakap tekan scan antivirus je.
Dan dengan itu sesambil mengisi ruang masa yang ada, aku pom menekan icon google chroome ku seperti biasa biasa yang aku lakukan. Aku mula mencuba untuk membuka facebook ku, memang ekau menunjukkan sikap positif di kala itu. Di kala waktu itu aku mula melupai segala masalah kehanganan ekau sebentar tadi. Tapi malang tak berbau. Ekau sepeti kelmarin langsung tiada peluang kedua buatku. Ekau kembali "hang" dan tindakan ekau itu telah membuatkan aku kaku terkesima buat seketika.Gerammmmnyer~
Kepada laptopku,
Apakah yang perlu aku lakukan lagi untukmu, adakah cukup untuk memujukmu dengan kata-kata. Membawamu ke kedai komputer ??? sekarang ini bukan la satu idea yang baek. Harap ekau mengerti wahai laptopku yang amatku sayangi. Masalah kewangan yang menyempitkan jalan dan ruang. Terpaksala aku menunggu agar ptptn msuk terlebey dahulu supaya masalah kite berdua ni dapat dirungkaikan. Bekerja??? Satu jalan yang terbaeekkk~
Adakah mungkin pada masa itu perlu untukku membelikan jer rakan seperjuangan yang baru sepertimu. Tetapi laptop ekau merupakan harta yang paling berharga buatku.Aku takkan sesekali membuangmu. Ekaula satu satunye tinggalan arwah ayahku kepadaku. Biarla sekarang sudah terbitnye laptop yang lebey canggih manggih darimu, aku kan setia menunnggumu pulih. Biarla ade owg kate; baling jer laptop ko tuh kat luar tingkap(amboii pe hal plak ni,jgn nak megomel byk sangat boley tak....) Sakit yang mencengkam jiwa, tiada siapa yang nak mengerti betapa penting ekau kepadaku. Kan ley guna ag, guna je la kan.Bak kata owang dulu-dulu selagi nyawa dikandung badan la katakan.Arrrghhh, aku tak amik kisah pom nk wat camne mulut owang takkan nak bagi gula-gula hacks plak kat die. Sabo je la. Kalo owang len da lama baling bola keranjang da. Mak aih pe kaitannye bola keranjang ni lam hal laptop aku ni...mmm. Har har harimau malam da~
Biar la suatu panantian itu merupakan suatu penyeksaan, aku tetap menunggumu, wahai laptopku yang amatku sayang.(psss skang ngah guna pc mak aku, har har hari da nak siang~)
No comments:
Post a Comment